Make your own free website on Tripod.com

Lucy , Mugilan, Zamani dan Inanda ialah pelajar tingkatan lima. Mereka menghadiri seminar kerjaya anjuran kerajaan negeri. Selepas seminar itu, mereka pun bertukar-tukar fikiran.

Lucy     : Saya setuju dengan penceramah tadi. Walaupun keluarga saya berkemampuan,  saya tidak pernah menggunakan wang ibu bapa saya sesuka hati. Saya tahu tanggungjawab saya sebagai anak.

Zamani : Apakah maksud kamu, Lucy?

Lucy     : Selalunya saya menyimpan sebahagian daripada wang saku yang diberikan oleh  ibu saya. Menurut ibu saya, perancangan perbelanjaan dalam kehidupan sangat penting.

Inanda  : Mengapakah kita perlu merancang perbelanjaan?

Lucy     : Perancangan perbelanjaan yang cermat dan bertanggungjawab dapat memastikan kita tidak berbelanja berlebihan. Baki wang dapatlah disimpan untuk kegunaan pada masa kecemasan, atau membeli barangan.

Zamani : Bagaimanakah kamu merancang perbelanjaan kamu, Lucy?

Lucy     : Saya mempunyai buku Wang Saku. Biasanya saya akan merancang supaya perbelanjaan saya tidak melebihi wang saku yang ada. Saya akan membahagikan wang saku yang saya dapat secara berpatutan untuk perbelanjaan keperluan          seperti makanan, minuman, tambang bas, alat tulis dan buku latihan. Perbelanjaan keperluan sebegini tidak dapat kita elakkan.

Mugilan : Jadi, apakah yang kamu lakukan dengan sebahagian lagi wang?

Lucy     : Sebahagian kecil wang saku, saya gunakan untuk tujuan perbelanjaan pertimbangan. Saya hanya akan membeli barangan yang saya perlukan. Saya juga memastikan sepuluh peratus wang saku saya ditabung setiap hari. Saya tahu            jumlah ini kecil tetapi jika saya sentiasa bersikap jimat cermat dan berhati-hati berbelanja, simpanan saya akan bertambah. Memang benarlah peribahasa Melayu yang berbunyi, “Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Zamani : Wah, baru saya sedar! Banyak faedahnya jika kita merancang perbelanjaan dengan teliti dan bertanggungjawab.

Lucy     : Bagaimanakah pula dengan kerjaya selepas tamat persekolahan tingkatan lima nanti? Bukan setakat perbelanjaan, banyak lagi perkara yang boleh kita rancang seperti kerjaya. Bukankah kita akan dewasa dan menghadapi dunia luar?

Mungilan : Saya juga menghadapi masalah dalam menentukan kerjaya yang sesuai. Saya sungguh risau.

Inanda  : Sebenarnya kamu boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor sekolah. Beliau dapat memberikan maklumat tentang pelbagai kerjaya.

Lucy     : Betul kata Inanda. Saya pernah menghadiri seminar yang sama sebelum ini. Oleh itu, saya tahu cara merancang kerjaya untuk masa depan. 

Inanda  : Betul tu, kita juga perlu mempertimbangkan minat sendiri dalam menentukan kerjaya. Contohnya, saya mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun kerana bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan.

Zamani : Banyak faedahnya jika kita merancang kerjaya dengan baik kerana matlamat hidup kita akan tercapai. Jika menghadapi masalah pun, kita dapat mengatasinya. Begitu juga dengan perancangan kita untuk menghadapai kehidupan dewasa dan berkeluarga.

Mugilan : Apakah maksud kamu, Zamani? Mengapakah kita perlu merancang kehidupan dewasa dan berkeluarga?

Zamani : Mugilan, saya rasa saya dapat menjawab soalan kamu. Saya pernah membaca sebuah buku yang menekankan bahawa perancangan perlu untuk kehidupan dewasa dan berkeluarga. Hal ini kerana perancangan yang rapi dapat menjamin   kebahagiaan. Oleh itu, sikap yang positif terhadap pengertian kasih sayang penting dalam kehidupan berumah tangga.

Lucy     : Saya bersetuju dengan Zamani. Saya akan membuat perancangan sebelum  mendirikan rumah tangga. Saya akan meneruskan pelajaran ke peringkat universiti. Selepas itu saya akan bekerja dan memastikan kedudukan kewangan saya stabil sebelum berkahwin. Jika tidak, saya akan manghadapi banyak masalah.

Mungilan : Wah, Lucy! Nampaknya kamu sudah pun merancang masa depan dengan penuh tanggungjawab. Saya rasa saya pun perlu mengikut jejak langkah kamu yang bijak itu.